e
m
P
t
Y
Cuba untuk isi ruang KOSONG ini. Gagal
Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
Blog ini HAK MILIK puan Schay Enn

Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
{/aku --
.I'd Like to be more APPROCHABLE not less WEIRD.

Aku cuma seorang gadis yang waktunya ada untuk berkongsi separuh rasa melalui penulisan.
Berkongsi cerita tentang isi hati yang jauh terpendam.
Aku yang masih menapak dalam meniti kehidupan.
Aku yang masih belajar tentang hidup. Kikir.
Aku yang menghirup nafas seadanya.
Aku penghidap penyakit SARCASM. Jauhi aku.
Cuba untuk conteng dengan tulisan. Kosong
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
{/hikmah menikmati sakit (: --
Sunday, July 31, 2011 ( 9:08 PM )
maafkan aku kerna post post aku sepanjang bulan baru ini bakal bernada sperti melankolik. bukan untuk kalian bersedih saat membaca coretan aku. bukan. ambillah ikhtibar. aku tidak mahu kalian terus terus alpa dengan dunia. mengeluh dengan kehidupan yang ada kini. aku menulis atas dasar mengingatkan (: buat teman teman yang aku kasihi. jangan jadi seperti aku. terlambat. lebih baik mencegah daripada merawat. kan~
Hikmah Sakit
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.
Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.
Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.
"kata baba aku terlalu emosi sehingga menyebabkan kesihatan aku turut terganggu. aku akui sekarang fikiranku lebih memikirkan kerja yang tergendala"
Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.
Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.
Selain itu, saya juga belajar tentang erti persahabatan. Kerana sahabat yang baik tidak akan bersama kita pada waktu senang sahaja. Saya cukup terjaga.
"baba jugalah yang tak kenal erti payah bangunkan aku dari tidur untuk makan ubat. ingatkan aku setiap masa untuk makan ubat. jaga makan minum aku. mama tidak pernah merungut dalam menidakkan permintaanku. satu hari nanti aku akan bayar segala apa yang telah dikorbankan mereka. XD thanks ma. thanks ba. thanks Yatt *Heart*"
Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.
Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.
"sungguh aku terasa semakin jauh denganNya. aku terlalu turutkan nafsu. gilakan duniawi. terimalah padahnya."
Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.
Dalam hadis ada diterangkan,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.
Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.
"thanks buat teman yang prihatin. terutama rakan sekolej. terasa diri dihargai. thanks sangat sangat ^^ "
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…
♥ I could not think anything ORIGINAL


Minat yang satu lagi ku campak ke sana
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
{/Nyawa--
.IniBukanAkuTapi...

| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Mungkin kita dah cuba
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
{/Mari Intai --
{/Reversi--
.Lihat waktu sudahku dihabiskan untuk apa.
{/credits --
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Apa lagi yang kau harapkan
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
♫ Asal kau tahu. Aku gilakan sgala duniawi. Ingin aku telan dan simpan seorang.
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
{/Mahu Tahu--
Keinginan menggila