e
m
P
t
Y
Cuba untuk isi ruang KOSONG ini. Gagal
Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
Blog ini HAK MILIK puan Schay Enn

Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
{/aku --
.I'd Like to be more APPROCHABLE not less WEIRD.

Aku cuma seorang gadis yang waktunya ada untuk berkongsi separuh rasa melalui penulisan.
Berkongsi cerita tentang isi hati yang jauh terpendam.
Aku yang masih menapak dalam meniti kehidupan.
Aku yang masih belajar tentang hidup. Kikir.
Aku yang menghirup nafas seadanya.
Aku penghidap penyakit SARCASM. Jauhi aku.
Cuba untuk conteng dengan tulisan. Kosong
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
{/tolong beritahu si dia --
Thursday, December 8, 2011 ( 1:22 AM )
~::Ya Allah,YA RAHMAN Ya RAHIM, aku minta izin,bila suatu saat aku jatuh cinta, jangan biarkan cintaku untukMU berkurang hingga membuatku lalai . bila suatu saat aku jatuh cinta,penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU yang x terbatas. biar rasaku padaMU ttp utuh. ALLAH RABBI,izinkan bila suatu saat aku jatuh hati pertemukanlah kami. berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMU..ALLAH RABBI,pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati jangan pernah KAU palingkanwajahMU dariku anugerahkanlah aku cintaMU cinta yang tak pernah pupus oleh waktu::~
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku takut akan dosa melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong kejayaanku dlm urusan ilmu dan agama..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong ingatkan dia, hal cinta tak boleh bicara hingga ikatan halal sudah terlaksana..Tolong ingatkan dia, aku dan dia hanya teman seagama yang hanya layak dilayan biasa..Tolong ingatkan si dia, Allah melatih kita untuk mempercayai dan meyakini Qadha’ Qadar-Nya..
Tolong ingatkan si dia, yakinlah pada janji Allah dan berpegang-teguhlah pada janji manusia..Tolong ingatkan si dia, supaya tak terus leka dengan perasaan, hingga menangguhkan perjuangan agamanya..
Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui siapa si dia..Hanya Engkau Ya Allah, yang layak memberkati pengakhiran usaha..Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui semuanya..Hanya Engkau Ya Allah, yang mampu menguatkan hati yang penuh rasa..
Moga dia menjadi umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi... perindu syahid abadi...
Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandidengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
♥ I could not think anything ORIGINAL


Minat yang satu lagi ku campak ke sana
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
{/Nyawa--
.IniBukanAkuTapi...

| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Mungkin kita dah cuba
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
{/Mari Intai --
{/Reversi--
.Lihat waktu sudahku dihabiskan untuk apa.
{/credits --
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Apa lagi yang kau harapkan
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
♫ Asal kau tahu. Aku gilakan sgala duniawi. Ingin aku telan dan simpan seorang.
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
{/Mahu Tahu--
Keinginan menggila