e
m
P
t
Y
Cuba untuk isi ruang KOSONG ini. Gagal
Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
Blog ini HAK MILIK puan Schay Enn

Masih cuba untuk isi ruang yang satu lagi
Tetap KOSONG
{/aku --
.I'd Like to be more APPROCHABLE not less WEIRD.

Aku cuma seorang gadis yang waktunya ada untuk berkongsi separuh rasa melalui penulisan.
Berkongsi cerita tentang isi hati yang jauh terpendam.
Aku yang masih menapak dalam meniti kehidupan.
Aku yang masih belajar tentang hidup. Kikir.
Aku yang menghirup nafas seadanya.
Aku penghidap penyakit SARCASM. Jauhi aku.
Cuba untuk conteng dengan tulisan. Kosong
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Bukan aku tidak ada ruang. Tetapi Kosong
{/Indahnya Didoakan Sahabat --
Monday, April 16, 2012 ( 1:32 AM )
Tiada satu makhluk pun di muka bumi ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu di dalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya di dalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.
MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.
Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita. Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah bahawa kita memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
aku sayang kamu sahabat <3
♥ I could not think anything ORIGINAL


Minat yang satu lagi ku campak ke sana
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Di mana? Sana *tuding jari pada diri sendiri*
{/Nyawa--
.IniBukanAkuTapi...

| Ass-burung biru : @phenolarra | Instag : phenolarra
Mungkin kita dah cuba
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
Mungkin dah terlalu kuat mencuba. Hingga terpisah jauh
{/Mari Intai --
{/Reversi--
.Lihat waktu sudahku dihabiskan untuk apa.
{/credits --
designer DancingSheep
Copyright © SchayEnn
Apa lagi yang kau harapkan
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
♫ Asal kau tahu. Aku gilakan sgala duniawi. Ingin aku telan dan simpan seorang.
Bukan pada aku. Tolong bukan aku
{/Mahu Tahu--
Keinginan menggila